Tidak menghairankan ketika ini apabila ramai rakyat di Malaysia menvntut pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP RM10,000 secara one-off.
–> Sila baca Tarikh Bayaran Terkini Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Keluarga B40 2022
Intipati berita hari ini
- Ini kerana rata-rata rakyat negara ini memerlukan wang simpanan mereka itu bagi kelangsungan kehidupan mereka selepas dib4dai masalah C0vld19 dan banjir besar baru-baru ini.
- Bagi berkongsi status atau berita terkini daripada kerajaan yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat, satu komuniti dikenali Pengeluaran KWSP RM10,000 One-Off telah diwujudkan di Facebook.
- Ternyata komuniti atau ‘group’ tersebut mendapat perhatian ramai apabila mencecah 428,000 pengikut sejak ia ditubuhkan tahun lalu.
- Nampaknya, ramai yang sedang menunggu berita gembira dari pihak KWSP sendiri walaupun keputusan telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini bahawa pengeluaran tersebut tidak akan berlaku.
- Melihat kepada beberapa komen orang ramai di setiap posting dalam komuniti tersebut, ternyata mereka memerlukan pengeluaran KWSP secara one-off itu.
- “Ini bukan soal politik mahupun kepentingan mana-mana parti, ini adalah luahan rakyat yang sedang susah,” jelas Zaid Abd. Rahman.
sumber : Kosmo!
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Sumber : myinfokerja