ANAK lelaki pelakon, Delimawati Ismail iaitu Zulfazli Jaafar ditemukan menin.ggal dunia dalam kereta, di tepi jalan di Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor, petang semalam.
Delimawati ketika dihubungi berkata, menantunya memaklumkan anak lelakinya itu keluar berjumpa kawan.
“Dia beritahu isterinya nak keluar jumpa kawan, tapi apabila dihubungi dia tak jawab panggilan. Itu yang isterinya keluar cari dan tengok kereta ada di tepi jalan. Apabila isterinya periksa, dia sudah menin.ggal dunia dalam kereta,” katanya kepada Harian Metr0.
Bagaimanapun, Delimawati tidak memaklumkan pun.ca sebenar kema.tian anaknya itu, sebaliknya hanya mengatakan anaknya mungkin tidur dalam kereta yang penghawa dingin dihidupkan.
Delimawati yang p0pular dengan watak Hantu Kak Limah berkata, jen.azah anaknya dibawa ke Masjid Al-Amin, Taman Tenaga Puchong untuk disolatkan sebelum dikebu.mikan.
Terdahulu, Delimawati berkongsi hantaran di Instagram berkenaan kema.tian anaknya.
“Allahuakbar. Berat sungguh dugaan Kau berikan di hujung Ramadan ini. Kau jemput satu-satunya anak lelaki yang aku tinggal.
“Dengan anak-anaknya yang masih kecil. Pergilah sayang ibu reda. Semoga Allah menempatkan anak ibu di syurga.
“Ya Allah Kau lapangkan ku.burnya anakku Zulfazli Jaffar. Cantikkanlah rumah barunya. Ibu ampunkan segala-galanya. Tenanglah kamu di sana. Tunggu ibu ya sayang. Ibu akan menyusul nanti,” katanya.
Sumber : wow berita
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.