Pontian : Hasrat Muhammad Fadzli Ahmad untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isteri, Farha Mohd Sabri dan bayi dalam kandungan menin.ggal dunia, Jumaat lalu.
Lebih menyedihkan apabila Muhammad Fadzli, 33, sempat melihat Farha, 34, berta.rung nya.wa sebelum menghem.buskan na.fas terakhir di sisinya.
Kini, hanya anaknya, Falisha yang berusia setahun empat bulan menjadi peneman Muhammad Fadzli, malah dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan juga ibu kepada puteri sulungnya itu.
Tanpa berlengah, Muhammad Fadzli terus membawa Farha bersama Falisha ke Hospital Pontian namun, takdir Allah SWT menetapkan wanita kesayangan itu menin.ggal dunia sebelum mereka sempat tiba di hospital.
“Saya masih ingat lagi, saya genggam tangan isteri ketika dalam perjalanan ke hospital dan pada mulanya genggaman itu kuat.
“Lama kelamaan, tangannya jadi sejuk dan saya tahu ketika itu isteri sudah tiada lagi. Saya tetap membawanya ke hospital untuk pengesahan.
“Semuanya terjadi begitu pantas malah isteri tidak sempat mengungkap sepatah kata pun sebelum menghem.buskan na.fas terakhir kerana dalam kesa.kitan yang teramat,” katanya yang memberitahu isterinya selamat dikebu.mikan di Tanah Perku.buran Islam di Pengkalan Raja di sini, kira-kira 6 petang Jumaat.
Menurutnya, dia tidak kuat untuk menziarahi pusara isteri kerana kehilan.gannya sangat dirasai, malah tidak sanggup pulang ke rumah mereka di Taman Pulau Hijauan, Kangkar, Pulai disebabkan kenangan indah bersama.
“Sebelum ini kami bertiga dan bakal menimang anak yang mana kandungan isteri sudah cukup sifat. Kini hanya tinggal saya dan Falisha sahaja,” katanya yang menetap sementara di rumah mentua di sini.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah.
Sumber : hm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.