TANJUNG MANIS : Dua lelaki ma.ut terkena renja.tan elektrik apabila lori yang mereka naiki dan membawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian itu berlaku di Jalan Kampung Semalau, Tanjung Manis pada jam 9.50 pagi ini di sini.
Katanya, kejadian itu turut menyebabkan lori berkenaan terba.kar.
Jurucakap itu berkata Bilik Kawalan Balai Bomba and Penyelamat Tanjung Manis menerima panggilan terus ke balai Itu yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis terus bergerak ke lokasi keja.dian dan setibanya di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah lori yang membawa jengkaut yang tersangkut pada kabel elektrik.
“Dua lelaki ditemui tidak sedarkan diri, berkemungkinan terkena renja.tan elektrik dan telah disahkan menin.ggal oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, setakat berita ini ditulis pihaknya masih belum mendapat maklumat mengenai dua ma.ngsa yang ma.ut itu.
Katanya, anggota Bomba membuat operasi pemadaman menggunakan satu aliran Salur Bantu Mula (Hose reel) dari jentera untuk mengawal dan memadam keba.karan tersebut.
Setelah selesai memeriksa lokasi keba.karan dan memastikan kebak.aran padam sepenuhnya anggota seterusnya berangkat balik kebalai. Turut berada di tempat kejadian pasukan polis.
Sumber : utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.