CEBISAN tulang dan baju serta bangkai jengkaut ditemukan pada Selasa di lokasi dua pekerja kuari yang dikhuatiri terti.mbus pada Mac lepas di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Perak.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, Azmi Osman berkata, bangkai jengkaut itu ditemukan pasukan pencari dan penyelamat melibatkan pihaknya, polis serta pasukan Jabatan Mineral dan Geosains pada pukul 11.45 pagi Selasa, manakala cebisan tulang dan baju ditemukan kira-kira setengah jam kemudian.
“Ban.gkai jengkaut serta cebisan baju tulang dan baju ditemui pada kedalaman 10 hingga 15 kaki (3.05 hingga 4.6 meter) pada jarak titik pencarian sebelum ini.
“Cebisan tulang dan baju yang ditemukan itu masih belum dapat dipastikan milik siapa,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Dalam keja.dian pada 8 Mac lepas, dua pekerja kuari yang dipercayai terti.mbus runt.uhan batu dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.
Tinjauan di lokasi keja.dian mendapati, kerja-kerja pencarian sedang dijalankan oleh pasukan mencari dan menye.lamat ketika ini.
Sumber : bernama
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.