PETALING JAYA : Hasrat seorang wanita untuk mengucapkan terima kasih kepada ‘rider’ yang membantu memberi laluan sewaktu dalam perjalanan ke hospital tidak kesampaian apabila lelaki itu menin.ggal dunia.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi sebuah video di TikTok, wanita yang menggunakan akaun @JajaED mahu mencari penghantar makanan tersebut kerana pernah membantunya pada 20 September lalu.
Walau bagaimanapun, wanita itu terke.jut apabila dimaklumkan lelaki tersebut ma.ut selepas terlibat dalam kemala.ngan baru-baru ini.
“Saya baru berniat hendak mencarinya. Dia membantu saya pada pu.kul 5, 20 September lalu. Saya sakit hendak bersalin, dia bantu membuka jalan untuk laluan kami.
“Ya Allah, mengi.gil saya apabila mendapat tahu dia adalah individu yang sama (membantu),” katanya.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna turut berkongsi rasa sedih dan terharu dengan kebaikan yang pernah dilakukan oleh rider tersebut.
“Semoga kebaikan arw.ah menjadi inspirasi kepada kita. Semoga beliau juga ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata Syukri.
“Subhanallah, meremang bulu roma apabila baca kebaikan yang arwah buat sebelum meninggal dunia. Semoga arwah tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat syurga Allah,” kata Faseeha.
Difahamkan, ‘rider’ dikenali sebagai Rudi Hermawan Sumarno itu meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Muar-Segamat pada Khamis lalu.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber : k0smo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.