Seorang wanita membatalkan niatnya untuk ter.jun dari Jambatan Sultan Yahya Petra setelah dipujuk oleh orang awam yang lalu di kawasan tersebut pada Rabu, 28 September 2022, kira-kira 1.40 petang.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menurut laporan, wanita tersebut yang berusia 54 tahun dipercayai cuba memanjat tembot pada jambatan tersebut sebelum berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang lalu di kawasan itu.
Difahamkan, saksi kejadian, Suhailan Zakaria, 28, berkata, dia melihat beberapa orang lelaki telah menahan dan memegang wanita tersebut sambil menangis sebaik sahaja dia melintasi jambatan tersebut dengan menaiki motosikal.
Setelah melihat kejadian itu, dia terus bertindak memberhentikan motosikalnya dan terus bergegas mendapatkan wanita itu dan memeluknya sambil menyuruhnya untuk mengucap dan bersabar.
“Semasa memeluknya, saya sempat bertanya apa yang membuatkan dia mahu terjun dari jambatan itu, namun wanita itu hanya menangis dan mengatakan dirinya jahat.
“Semasa memujuknya, saya sempat menasihatkan wanita itu agar berfikiran waras meskipun mempunyai masalah besar,” katanya, memetik laporan Kosmo.
Dalam pada itu, setelah beberapa minit memujuk wanita itu, kebetulan sebuah kenderaan polis lalu dan berhenti di kawasan tersebut membawa wanita itu. Kenderaan bomba juga tiba selepas itu, namun wanita itu telah pun dibawa oleh pihak polis.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber : k0smo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.