Semasa

Pelanggan Buat Lap0ran P0lis, Terima Banyak Ugutan Selepas Tular Video Ugut Dan Maki Hamun Rider Grabf00d.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid mengesahkan pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki yang terbabit dalam video tular mema.rahi dan mengu.gut memberhentikan penghantar makanan yang didakwa lambat menghantar pesanannya, baru-baru ini.

Menurut beliau, lelaki berusia 27 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya pada jam 11.10 pagi Isnin, kerana dia menerima banyak ugu.tan selepas video itu tular di media sosial.

“Akibat daripada video yang tular tersebut, man.gsa menerima pelbagai mesej berbaur ugu.tan daripada individu yang tidak dikenali melalui aplikasi media sosial,” katanya.

Polis menyia.sat ke.s itu mengikut Sek.syen 507 Kanun Kesek.saan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Fakhruddin meminta orang awam yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu sias.atan. Dalam masa sama menasihatkan masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insi.den dalam video tular itu.

Semalam, pihak pengurusan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) mengambil tindakan disiplin terhadap seorang kakitangannya yang didapati mengu.gut penghantar makanan, Mohd Yusof, hanya kerana lambat menghantar pesanannya.

MUST menegaskan pihaknya tidak mempunyai jalinan kerjasama dengan GrabFood seperti yang didakwa oleh kakitangannya itu. Malah mereka mengutuk perbuatan lelaki berkenaan yang jelas tidak wajar dilakukan.

Sumber : kosm0

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *