JOHOR BAHRU : Seorang orang kurang upaya (OKU) lembam ditemukan le.mas di sebuah kolam yang hanya berjarak kira-kira 100 meter dari kediaman mangsa di Kampung Batu 18, Sengkang, Bukit Gambir, Tangkak awal pagi semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba, Rafiah Aziz berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan pada pu.kul 8.42 malam, kelmarin.
Sehubungan itu katanya, sembilan anggota beserta dua buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, dimaklumkan terdapat seorang lelaki OKU berusia 17 tahun dipercayai hila.ng sekitar pu.kul 4 petang dan gagal ditemukan ahli keluarganya.
“Difahamkan, ma.ngsa pergi ke kolam berhampiran kediamannya bersama kakaknya pada sebelum mereka pulang ke rumah bersama pada pu.kul 3.30 petang.
“Ketiadaan man.gsa di rumah kemudian disedari ahli keluarga sekitar pukul 4.30 petang, sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Rafiah, pihaknya memulakan operasi pencarian ma.ngsa di sekitar kawasan rumah man.gsa dan kawasan berhampiran.
“Operasi pencarian dibahagikan kepada tiga sektor pada jarak 2 kilometer daripada lokasi terakhir man.gsa dipercayai hila.ng namun tidak ditemukan.
“Balai Bomba kemudian menerima panggilan daripada keluarga ma.ngsa pada pu.kul 6.47 pagi keesokannya memaklumkan man.gsa telah dijumpai terapung di kolam berhampiran kediaman mereka.
“Anggota kemudian bergegas ke lokasi dan melakukan operasi mengeluarkan ma.ngsa dari kolam menggunakan peralatan khas. Man.gsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
Sumber : utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.