Semasa

“Dia Berkelakuan Agak Pelik..”, Anak Cium Ibu Berulang Kali Tanda Pergi Selamanya.

Kota Bharu: “Sebelum keluar rumah, dia berkelakuan agak pelik kerana mencium saya berulang kali selain kembali memeluk saya walaupun sudah sedia untuk menaiki kereta,” luah Siti Esah Muhamad, 60.

Siti Esah adalah ibu kepada Wan Ahmad Haziq Wan Abd Razak, 25, yang menin.ggal dunia akibat kemal.angan ma.ut di Kampung Galok, Pasir Mas, 4.45 petang semalam.

Katanya, sebaik diberitahu nasib yang menimpa anaknya yang keenam daripada lapan beradik itu, dia hanya beristighfar dan kaku seketika bagaikan tidak percaya dengan apa yang terjadi.

“Baru Jumaat lalu saya melihat dia gembira berada di pelamin, melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, namun malam tadi hanya ja.sad tidak bernya.wa yang tinggal menin.ggalkan saya buat selama-lamanya.

“Haziq anak yang paling rapat dengan saya, hampir setiap hari dia menghantar dan mengambil saya di tempat kerja sebelum bersara sebagai kakitangan di H0spital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada 8 November lalu.

“Sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk menjaga saya sehingga ke akhir hayat, memandangkan saya menghidap kencing manis, namun apakan daya tuhan lebih menyayanginya dan membawanya dahulu ke ‘negeri abadi’,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Senang Jaya, Kota Jembal, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan keterujaan pasangan pengantin yang baru berkahwin memilih pelamin untuk Majlis Bertandang tidak kesampaian apabila terbabit dengan kemala.ngan ma.ut mebabitkan kereta Perodua Myvi dan Alza.

Wan Ahmad Haziq dan isterinya melangsungkan perkahwinan pada Jumaat lalu dan hampir 100 peratus persediaan untuk majlis bertandan pada 3 Disember nanti sudah dilakukan, namun keluarga terpaksa menukarkan kepada majlis tahlil.

Siti Esah turut berkongsi keadaan isteri arwah, Norainsya Mohd Suhaimi, 22, yang terpaksa dihantar semula ke H0spital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II selepas pengebu.mian arwah susulan mengalami se.sak nafas, 1.45 pagi tadi.

“Saya berdoa semoga Norainsya segera pulih dan terus kuat menerima qada dan qadar yang sudah ditetapkan. Insya-Allah kami sekeluarga akan terus memberi semangat buat menantu kesayangan saya ini.

“Bagaikan terngiang-ngiang lagi suara Haziq yang suka menyakat saya dan adik-beradiknya yang lain. Selain itu, keramahan dan kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini pasti dirindui kerana dia memang dikenali sebagai seorang yang ringan tulang.

“Keha.ngatan tubuhnya memeluk saya semalam, bagaikan masih terasa kerana kasih seorang ibu kepada anak tiada bandingannya walaupun Haziq kini sudah tiada,” katanya yang bersyukur anaknya sudah selamat dikebu.mikan di Tanah Perku.buran Islam Beris Harab, Kota Jembal, di sini, 1 pagi tadi.

Siti Esah juga mengakui sayu melihat kucing peliharaan arwah yang diberi nama ‘awang’ yang menjadi kurang aktif selepas kema.tian Haziq, seolah-olah turut merasa kese.dihan yang kami sekeluarga alami.

Sumber : w0w berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *