Semasa

‘Subhanallah, Mulianya Pemergianmu..’, Wanita Warga Emas Dijemput llahi Dalam Keadaan Bersujud.

KULIM : Seorang warga emas ditemui menin.ggal dunia oleh cucu tirinya dalam keadaan bersujud di Kampung Air Merah kira-kira jam 9 malam tadi.

Norsiah Awang, 36, berkata, ketika kejadian, dia memanggil nenek tiri, Hasnah Napiah, 80, dari luar rumah namun tiada jawapan.

Menurutnya, dia tergerak hati untuk berpa.tah balik ke rumah warga emas berkenaan walaupun diberitahu jiran berdekatan bahawa man.gsa kemungkinan ada di rumah saudaranya di Selama.

“Bila sampai saya tengok pintu terkunci dari dalam, saya panggil tiada jawapan, saya jadi tak sedap hati…cuba tengok dari tingkap dan berusaha menggunakan ranting kayu untuk buka selak kunci sampai terbuka.

“Masa tu banjir dah mulai surut cuma ada selut-selut sahaja dalam rumah, bila tengok kat katil tak ada orang, kemudian periksa bahagian lain,” katanya.

Norsiah yang juga merupakan Anggota Pertahanan Awam (APM) ketika itu sedang bertugas memantau keja.dian banjir di beberapa buah kawasan termasuk rumah Hasnah.

Katanya, dalam keadaan samar akibat terpu.tus bekalan elektrik, dia ternampak seolah-olah terdapat bantal dalam keadaan tenggelam.

“Apabila didekati, rupa-rupanya tok terduduk dalam keadaan bersujud,” katanya.

Pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan mengesahkan ma.ngsa telah menin.ggal dunia.

Menurutnya, Hasnah yang uz.ur akibat sa.kit lutut selama ini hanya mengengsot untuk bergerak dan tinggal seorang diri dalam rumah terbabit.

Dia dikatakan sering ke rumah adiknya di Selama, bagaimanapun tidak menyangka bahawa ma.ngsa berada di rumah seorang diri ketika kejadian.

Jena.zah Hasnah kemudian diuruskan sebelum dibawa ke masjid untuk dikebu.mikan di Tanah Perku.buran Masjid At-Taufiq Air Merah dan selesai kira-kira jam dua pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Yusof Shaari mengesahkan kema.tian warga emas terbabit adalah disebabkan sa.kit tua.

Sumber : w0wberita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *