Semasa

“Pergimu Ketika Menuntut ilmu Di Jalan Allah..”, Pelajar Malaysia Di Maghribi Menlnggal Dunia.

PENUNTUT Malaysia di Universiti Mohammed V Rabat di Maghribi, Mohd Hafizuddin Hazrul, 20, yang ditempatkan di Unit Raw.atan Rapi (ICU) Hospital Cheikh Zayd akibat leuk.emia menin.ggal dunia, 10.50 malam.

Bapanya, Hazrul Abdullah, 50, berkata, dia mengetahui kejadian selepas dihubungi anak sulungnya, Siti Hajar Hazrul, 21, yang turut mengikuti Pengajian Islam di universiti yang sama bagi tahun kedua.

“Perkara ini sememangnya mengejutkan kami sekeluarga disebabkan sebelum Mohd Hafizuddin pergi ke Maghribi pada awal tahun ini dia sudah menjalani ‘medi.cal check up’ (ujian kesihatan).

“Dia yang juga bekas pelajar Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) Gemencheh, Negeri Sembilan seorang aktif dalam sukan.

“Sebelum dia ke sana (Maghribi) tiada sebarang masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, rakan ar.wah ada memberitahu sebelum ar.wah ke hospital itu dia mengalami de.mam dalam tempoh beberapa hari.

“Disebabkan masih tidak sembuh, rakannya membawa dia (ar.wah) ke hospital pada 3 November lalu sebelum doktor menempatkan dia di ICU hospital berkenaan.

“Lebih memilukan apabila doktor mengesahkan Mohd Hafizuddin menghidap leuk.emia yang mana keadaannya dilihat semakin le.mah,” katanya.

Hazrul berkata, pada 9 November lalu dia ke sana (Maghribi) bagi melawat anaknya itu dan pulang semula ke Malaysia, Isnin lalu.

“Ar.wah yang juga penuntut tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan dikebu.mikan di Kampung Bintungan, Rembau, Negeri Sembilan.

“Buat masa ini, Kedutaan Malaysia sedang menguruskan proses untuk membawa pulang jen.azah yang dijangka tiba Isnin atau Selasa ini,” katanya.

Harian Metro melaporkan, Hazrul meminta orang ramai mendoakan kesihatan Mohd Hafizuddin agar dia dapat meneruskan semula pengajiannya.

Sumber : hm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *