Semasa

‘Awak Keluar Dulu’, Ungkapan Terakhir Isteri Minta Suami Selamatkan Diri Sebelum Kereta Terb4kar.

KOTA TINGGI – “Hati saya tenteram bila dapat tahu jen.azah anak dalam keadaan sempurna, ” luah bapa Allahyarham Nurul Nazihah, 28 yang ma.ut dalam kemala.ngan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak di sini malam tadi.

RAKAMAN VIDEO TEMUBUAL SUAMI YG MENYAYAT HATI ADA DI BAWAH SEKALI

Kamalul Arifin Ahmad 66 berkata dia menerima maklumat tentang kemala.ngan itu kira-kira pukul 8 malam, namun pada awalnya tidak tahu anaknya terba.kar dalam kejadian itu.

               

Katanya arw.ah anak keempat dalam keluarga merupakan seorang yang amat tegas dalam bab agama.

“Saya memang sudah lama hendak pergi menunaikan umrah ketika usia 50 tahun namun ketika itu ada komitmen terhadap anak-anak. Perjalanan umrah kami ini dirancang oleh isteri dan arw.ah tiga empat bulan yang lepas.

“Arw.ah juga tahu saya memang sudah lama hendak pergi umrah. Arw.ah juga ada menambah duit untuk kos umrah saya dan isteri. Kami pergi berempat saya, arw.ah, suami ar.wah dan isteri.

“Arw.ah juga sempat membeli buah zuriat di Makkah. Sejak berkahwin tiga tahun lalu arw.ah dan suami belum dikurniakan rezeki cahaya mata,” katanya lagi.

Sementara itu, sepupu ma.ngsa, Nur Izzah Atikah Jamaludin, 28 berkata suami ma.ngsa masih berada dalam keadaan tra.uma dengan insi.den yang berlaku sehingga mengigau menyebut nama isterinya malam tadi.

“Kami sepupu rapat sejak kecil lagi jadi man.gsa memang ceritakan semuanya kepada saya apa berlaku. Menurut suaminya ketika kejadian ar.wah tidak dapat selamatkan diri kerana terse.pit.

“Namun suaminya tetap berusaha untuk menyelamatkan ar.wah. Ekoran keadaan api yang semakin marak ar.wah meminta suaminya keluar menyelamatkan diri.

“Suaminya diselamatkan orang ramai dengan keluar melalui pintu belakang kereta dan turut alami mele.cur di muka. Mereka pasangan suami isteri yang sangat kelakar memang ralat bila dapat tahu kejadian yang menimpa arw.ah,” katanya.

Terdahulu dua ma.ut manakala empat yang lain selamat dalam kemalangan empat kenderaan yang membabitkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.

 

KOTA TINGGI: “Awak keluar dulu”. Itulah ungkapan terakhir wanita yang ma.ut dalam kereta terba.kar dalam kemala.ngan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Sedenak, malam tadi.

Redzuan Jamil, 28, berkata, beliau ditarik keluar orang ramai daripada cermin kereta bahagian penumpang belakang, cuba menyelamatkan isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin atau dikenali sebagai Azi, 28.

“Cubaan saya memecahkan cermin depan kereta dan memecahkan pintu penumpang depan tidak berjaya dan isteri terse.pit di tempat duduk depan.

“Ketika itulah tangki minyak kereta tiba-tiba mele.tup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana a.pi terlalu marak.

“Saya tidak merasa bahang pa.nas api, malah isteri juga tidak memanggil nama saya, selepas dia meminta saya keluar menyelamatkan diri dulu,” katanya sugul ketika ditemui di kediaman ibu bapa isterinya di Kampung Lukut Batu 4, di sini, hari ini.

Menceritakan detik-detik kemala.ngan berlaku, Redzuan yang mengalami kesan lecu.ran di muka berkata, semuanya bermula selepas berlaku kesesakan di lebuh raya berikutan kemala.ngan yang berlaku berhampiran kawasan itu.

“Ketika itu semua kenderaan termasuk kereta dinaiki kami berhenti kerana berlaku kesesakan. Namun tiba-tiba berlaku impak remp.uhan dari belakang yang menyebabkan kereta dinaiki serta dua lagi dilan.ggar dengan kuat.

“Selepas beberapa ketika barulah saya menyedari sebuah lori lima tan mere.mpuh kereta dinaiki kami, sebelum orang ramai menarik saya keluar dari kereta,” katanya.

Redzuan yang juga ejen takaful berkata, ketika kejadian malang itu, beliau dan isterinya baru selesai bertemu pelanggan di Kluang.

Katanya, beliau dan isteri dalam perjalanan ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri bagi menyaksikan JDT menentang Sabah FC.

“Saya tidak menyangka insiden ini pula meni.mpa kami,” katanya.

Redzuan berkata, beliau selalu membawanya ke mana sahaja beliau pergi.

“Kami memang akan berdua ke mana saja sejak berkahwin tiga tahun lalu sebab saya bekerja sendiri.

“Saya tidak menyangka isteri akhirnya pergi dengan cara begini,” katanya.

Sumber : bh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *