Semasa

Ibu Kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Menlnggal Dunia, Anwar Ibrahim Batal Jelajah P0litik Ke Sarawak.

KUALA LUMPUR : Ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis menin.ggal dunia awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook (FB) Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, solat jen.azah dijadualkan pada jam 11.30 pagi ini di Masjid Al Mustaqim, Ampang, di sini.

Berikutan kema.tian ibu mentuanya itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut mengumumkan pembatalan jelajahnya ke Miri dan Kuching, Sarawak, yang dijadualkan hari ini.

“Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Harapan Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching.

“Kita akan berjumpa lagi di lain waktu, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, juga berkongsi berita se.dih berkenaan melalui hantaran di FB yang turut disertakan gambar beliau dan Dr Wan Azizah bersama Allahyarham.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Dimaklumkan bonda mama tersayang, Datin Hajah Mariah Khamis telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga Allahyarhamah nenek ditempatkan dalam kalangan para salihin, diampunkan d0sa, dipermudahkan segala urusan, diberikan sepenuh kelapangan kelak dan mendapat husnul khatimah. ‘We love you’ grandma. Al-Fatihah,” katanya.

Sumber : bh online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *