ALOR GAJAH – Sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia setahun ma.ut dalam kemala.ngan di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara – Selatan (arah utara) di sini, tadi.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, man.gsa yang masing-masing berusia 28 tahun dan bayi menin.ggal dunia di lokasi.



Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Muhamad Ezanee Hamat berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.02 pagi.
“Tiga beranak itu telah disahkan menin.ggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecede.raan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu turut ke lokasi kejadian dan sias.atan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kesemua ma.yat telah dihantar ke Unit F0rensik H0spital Alor Gajah untuk proses be.dah sia.sat.
Dalam pada itu, na.has tersebut turut menyebabkan kesesakan trafik lebih lima kilometer.
Bapa kepada ma.ngsa kemala.ngan ma.ut, Zubaidah Abd. Rajak memberitahu dia seolah-olah mendapat ‘petanda’ pemergian anak dan menantunya apabila bermimpi pasangan itu memakai baju bewarna hitam dan hitam dua minggu lalu.
Zubaidah dan suami Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, serta anak mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq, setahun dilaporkan ma.ut selepas kereta Honda Jazz dinaiki mereka sekeluarga mere.mpuh sebuah lori di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini, pagi tadi.
Menurut bapa Zubaidah, Abdul Rajak Sakiman, 66, dia bagaimanapun tidak menceritakan mimpi itu kepada ahli keluarganya kerana hanya menganggapnya sebagai ‘mainan’ tidur.
“Baru hari ini saya tahu kenapa saya mimpi anak dan menantu pakai baju hitam putih, rupanya ia seperti satu petanda mereka akan pergi menin.ggalkan keluarga buat selama-lamanya.
“Saya tidak sangka mereka terlibat dalam na.has kerana sepatutnya kami sekeluarga berkelah beramai-ramai di Port Dickson pada tengah hari tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di Unit F0rensik Hospital Alor Gajah, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut dia berkata, aktiviti perkelahan itu telah dirancang secara mengejut oleh man.gsa dan adik-beradiknya pada malam tadi.
“Tiba-tiba malam tadi dia dengan adik-beradiknya yang lain rancang nak bercuti di Port Dickson, jadi pagi tadi dua buah kereta termasuk saya telah bertolak dari Muar, manakala dua lagi iaitu kereta Zubaidah dan kakaknya dari Johor Bahru, Johor.
“Kakaknya sempat berjumpa dengan Zubaidah sekeluarga di Plaza Tol Skudai dan dakwanya dia melihat ‘air’ muka adiknya itu lain, namun kemudian mereka masing-masing meneruskan perjalanan.
“Sehinggalah pu.kul 1 petang tadi, kami mula berasa tidak sedap hati kerana Zubaidah tidak sampai dan tidak lama selepas itu saya dapat panggilan daripada nombor tidak dikenali memaklumkan anak saya terlibat na.has,” katanya.
Ujarnya lagi, dia bagaimanpun tidak menyangka dia kehila.ngan anak, menantu dan cucu sekali gus dalam na.has tersebut.
“Apa-apa pun saya reda, ini dah kententuan. Sampai sahaja di unit f0rensik ini, saya terus tanya keadaan cucu, tak sangka semua pergi serentak,” katanya
Sumber : Kosm0
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.