MELAKA : Kemeriahan hujung minggu di Pantai Puteri di sini bertukar ce.mas selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dipercayai le.mas kira-kira pu.kul 3.30 petang tadi.
Dilaporkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tangga Batu tiba di lokasi keja.dian kira-kira pukul 3.50 petang bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Difahamkan kanak-kanak dengan nama Ashraf itu keluar bermain bersama tiga rakannya selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.
Menurut salah seorang rakan ma.ngsa, mereka telah pergi ke pesisiran pantai berkenaan untuk bermain di atas tembok batu di gigi air.
“Saya sudah pesan dekat Ashraf, jangan main jauh-jauh tetapi tiba-tiba dia terjun dari tembok dan saya nampak mulutnya berbuih-buih sebelum ten.ggelam.
“Saya panik dan terus menjerit meminta tolong,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Setakat pu.kul 4.40 petang, pihak berkuasa memaklumkan operasi mencari ma.ngsa masih dijalankan.
Update Terbaru :
MELAKA : Kanak-kanak yang dilap0rkan le.mas di Pantai Puteri di sini kira-kira pu.kul 3.30 petang tadi disahkan menin.ggal dunia oleh pegawai perubatan selepas ma.yatnya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 6.25 petang.
Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, ma.ngsa, Amirul Asyraff Fakhrul, 7, semasa kejadian dipercayai sedang mandi di pantai berkenaan bersama tiga lagi rakan, sebelum dirinya hila.ng dari pandangan.
Beliau berkata, ma.yat ma.ngsa ditemui sekitar jarak 30 meter dari pantai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
“Maritim Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), komuniti nelayan dan pengusaha ski jet atas usaha pencarian pada petang ini.
“Pihak kami juga ingin menasihatkan khususnya kepada pengunjung di pantai peranginan supaya menangguhkan aktiviti di pantai ketika cuaca bu.ruk bagi mengelakkan keja.dian sebegini berulang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, utusan melap0rkan, kemeriahan hujung minggu di Pantai Puteri bertukar ce.mas selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dipercayai le.mas kira-kira pu.kul 3.30 petang tadi.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tangga Batu tiba di lokasi keja.dian kira-kira pu.kul 3.50 petang bagi melakukan operasi SAR.
Difahamkan kanak-kanak itu keluar bermain bersama tiga rakannya selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.
Sumber : utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.