Semasa

Pelajar Tingkatan Empat Bagi Alasan Sambut Tahun Baru Elak Dicekup Berkh4lwat.

KOTA BHARU : Seorang pelajar lelaki tingkatan empat memberi alasan hanya mahu keluar menyambut Tahun Baharu 2023 selepas dia dita.ngkap bersama seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di dalam bilik sebuah hotel bajet di sini, pagi tadi.

Kedua-dua remaja itu dice.kup oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) semasa menjalankan Operasi Ambang 2023 pada pu.kul 4 pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, anggota penguat kuasa mendapati kedua-dua remaja disyaki duduk berdua-duaan di bilik hotel dalam keadaan yang mencurigakan.

“Mereka telah dita.han untuk sias.atan lanjut mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jen.ayah Syariah (I) 2019 kerana kesalahan khalwat yang menimbulkan syak dan bertenta.ngan dengan hu.kum syarak.

“Kedua-dua remaja itu boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenja.rakan selama tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika disa.bitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Fadzuli memberitahu, seramai 11 orang wanita diberi notis untuk hadir khidmat nasihat kerana berkelakuan tidak s0pan manakala satu ke.s diberi amaran ke.ras.

“Fokus utama operasi itu adalah untuk memantau dan menyedarkan masyarakat berkenaan kesalahan syariah.

“Pada masa sama, JAHEAIK turut mengedarkan risalah berkaitan kesalahan syariah kepada orang awam di pasar raya dan tempat tumpuan ramai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat,” ujarnya.

Sumber : utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *