Gara-gara bermain a.pi di timbunan sampah berhampiran rumah, seorang kanak-kanak lelaki mele.cur di badan sebelah kanan dari bawah ketiak hingga paha.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, keja.dian itu berlaku pada Jumaat lalu, di Kampung Parit Kuchi, Pontian.
Perkara itu terb0ngkar selepas pengadu yang juga rakan kepada ibu ma.ngsa mengetahui keja.dian itu dan terus membuat laporan polis.
Difahamkan, pengadu terdahulu ternampak gambar ma.ngsa menerusi kumpulan WhatsApp keluarga kenalannya itu. Man.gsa berusia sembilan tahun itu tidak dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dibiarkan di rumah tanpa sebarang rawatan. Pengadu kemudian menasihatkan pasangan suami isteri berkenaan membawa man.gsa ke hospital.
Pengadu turut membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan pasangan terbabit kerana mengabaikan anak mereka begitu sahaja tanpa mendapatkan rawatan. Ketika laporan dibuat, keadaan lu.ka yang dialami man.gsa semakin te.ruk dan sudah mula berbau.
Bertindak di atas maklumat, polis bergegas ke lokasi keja.dian dan sebaik saja tiba, mereka mendapati man.gsa berada di luar rumah dalam keadaan tidak berpakaian untuk dibawa ke hospital oleh keluarganya.
Pemeriksaan pihak perubatan di Hospital Pontian mendapati, terdapat kesan terba.kar dan mele.cur di bahagan kanan badan hingga ke kaki, lengan kiri,kedua-dua paha dan telinga kanan.
Menurut ibu ma.ngsa, semasa keja.dian itu berlaku dia berada di dalam rumah dan terdengar bunyi letupan di luar lalu dan ternampak kelibat man.gsa berlari dalam keadaan baju dan seluarnya terbakar menuju dan terjun ke dalam parit di hadapan rumah.
Bapa man.gsa kemudian membantu memadamkan a.pi di baju ma.ngsa dan membawanya masuk ke dalam rumah. Pasangan itu hanya sekadar membeli ubat tahan sa.kit dan ubat sapu di farmasi untuk merawat lu.ka man.gsa.
Man.gsa kini berada dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Susulan keja.dian itu, pasangan suami isteri terbabit yang berusia 33 dan 36 tahun telah ditahan pada jam 2 pagi semalam untuk sias.atan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber : utusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.