AhIi parIimen JempoI, Datuk Seri Mohd SaIim Sharif berkata, ianya bagi membantv rakyt yang mengaIami kesuIitan dari segi kewangan untuk menervskan hidup.
“Sememangnya terdapat keperluan yang mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia untuk menggunakan sebahagian daripada wang persaraan mereka bagi tujuan survival dan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Oleh yang demikian, saya berpendapat, sudah tiba masanya untuk kerajaan mengkaji semula tuntutan yang dibuat oleh rakyat iaitu membenarkan pengeluaran kali terakhir secara berfasa kepada mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan,” katanya dalam sesi persidangan Dewan Rakyat petang tadi.
Ujarnya, inisiatif i-Ceria ini dilihat mampu memberi makna kepada para pencarum KWSP, sepertimana inisiatif sebelumnya.
“Sebelum ini, i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra memberi makna kepada Keluarga Malaysia serta bersesuaian dengan namanya, maka dengan ini saya mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan i-Ceria bagi kemudahan pengeluaran wang KWSP untuk kali yang terakhir,” ujar Mohd Sharif.
Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran tambahan, lebih ramai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu bersara di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Beliau berkata ia berikutan kemerosotan berterusan simpanan persaraan ahli KWSP, kerana ketika ini hampir separuh ahli mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000, dan daripada jumlah ini 55 peratus adalah bumiputera.
”Kalau dibenarkan pengeluaran tambahan, ia akan menyebabkan lebih ramai ahli perlu bersara di bawah paras garis kemiskinan, dan juga menyebabkan beban yang besar kepada seluruh Keluarga Malaysia di masa depan terutama jika kegawatan ekonomi berlaku,” katanya memetik Bernama.
Cara periksa baki akaun KWSP:
1. Log masuk ke laman web i-Akaun KWSP di pautan ini.
2. Klik menu “My Account”.
3. Seterusnya, klik “Current Year / Previous Year Statement”.
4. Klik butang “View Details”.
5. Maklumat jumlah simpanan akan terpapar di skrin.
Sumber : sk
Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini