Hiburan

Pergi “gegar” suami kat tempat kerja,sekali suami x kenal..

TERNYATA Pembukaan Laluan Perjalanan Vaksln (VTL) membuka ruang kepada individu mahupun pasangan yang terpis4h antara sempadan dua negara untuk bertemu kembali orang tersayang.

Menurut wanita yang lebih mesra disapa Feena ini, suaminya bekerja di sebuah restoran makanan segera di Singapura dan kali terakhir pulang ke Malaysia pada September 2020.

Ketika dihubungi mStar, Feena bercerita bahawa dia telah membuat kejvtan dengan melawat suaminya di Singapura pada 28 Januari setelah sekian lama memend4m rindu.

“Suami saya kerja dekat McDonald’s Singapura. Masa nak dekat PKP (Per!ntah KawaIan Pergerakan) tu sempadan nak tutup, jadi suami saya cadang nak masuk kerja macam biasa. Mula-mula kerajaan cakap dua minggu je PKP, last-last nak dekat dua tahun dah.

“Lepas enam bulan pada bulan September 2020, suami saya ada balik Johor Bahru. Dia balik jumpa saya, anak-anak dan keluarga. Itu pun dapat balik seminggu saja.

Feena dan suaminya telah berkahwin melebihi lima tahun.

“Kemudian pada 2021 memang dia tak dapat balik sampai sekarang atas faktor kuota dan bagi peluang dekat orang yang belum pernah balik lagi. Sehinggalah baru-baru ni rasa nak masuk Singapura jumpa suami, sebab dah lama tak jumpa kan.

“Kebetulan tengok flight ticket dapat murah daripada orang lain yang selalu saya dengar, jadi saya pun on terus. Saya ikut semua pr0sedur VTL jadi tak payah ku4rantin,” jelasnya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, dia membuat kejvtan terhadap suaminya yang sememangnya tidak tahu menahu langsung mengenai kehadirannya ke Singapura.

Tambah Feena, suaminya pada ketika itu baru sahaja masuk syif dan dia telah berpakat dengan salah seorang pekerja di restoran itu dalam menjayakan rancangannya.

Jelas wanita yang berasal dan menetap di Johor Bahru, Johor ini, suaminya langsung tidak menyedari kehadirannya kerana memakai pelitup muka dan mungkin juga kerana sudah lama tidak bertemu secara berhadapan.

“Saya masuk sorang-sorang dari Johor Bahru ke Singapura tak bawa anak-anak. Saya minta mak ayah tolong jaga. Lepas keputusan ujian PCR saya keluar, saya terus ke tempat kerja dia. Masa saya sampai tu dia baru masuk syif.

Pasangan ini memiliki dua cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

“Saya tak tahu nak buat svrprise macam mana jadi saya minta tolong salah seorang GEL (Guest Experience Leader). Saya suruh GEL bagitahu dekat barista (suami) ada customer nak jumpa bagi feedback air dia buat.

“Saya pun duduk dekat meja ‘dine-in’ sambil tunggu untuk rakam momen reaksi dia sebab dia memang langsung tak tahu saya dah masuk Singapura. Sebelum tu, dia banyak kali video call, tapi saya tak angkat. Siap bagi alasan anak dah tidur, keluar dengan atuklah, macam-macam lagi alasan saya bagi nak cover line punya pasal,” ujar Feena.

Berikutan video yang menjadi tular sehingga memperoleh lebih 15 juta tontonan di TikTok, Feena turut meluahkan rasa sebak kerana terp4ksa menjadi pasangan jarak jauh (PJJ) setelah lima tahun berkahwin pada 25 Mac 2017.

Bercerita mengenai pengalaman sepanjang menjadi pasangan PJJ, Feena yang merupakan suri rumah mengakui bahawa ia bukan perkara mudah ditambah pula anak-anak masih kecil namun dia akur dengan ketentuan AIIah terhadap keluarganya.

“Lepas dia letak air, saya pun speechless dan sebak juga mula-mula tu. Tak tahu nak bagi reaction macam mana sebab ni first time PJJ lama sampai macam ni. Tapi bila tengok respon dia, tak jadi sebak.

“Dia tengok saya, saya cakap hai je tapi suami tak cam lagi saya siap jawab ahaa… lepas tu dia tengok jam baru dia perasan tu saya. Nampak jam tali pink warna favourite saya baru dia perasan sebab kebetulan baru lepas share gambar tali jam baru dekat dia sebelum ni. Tu yang ‘loading’ lama sikit tu tak kenal saya.

“Sebelum kahwin, saya kerja dekat McDonald’s Singapura dengan suami tapi bila ada anak saya berhenti untuk jaga anak-anak dekat rumah. Susah tu tak sangatlah, tapi taklah senang juga. Cuma saya anggap suami pergi kerja macam biasa, saya jaga anak dekat rumah.

“Saya tak fikir sangat atau anggap sebagai satu masaIah walaupun semua benda kena buat sendirian. Saya suka cari benda untuk gembirakan diri saya sendiri dahulu. Pada saya, sebagai ibu dan isteri, saya kena jaga emosi sendiri dahulu baru kita boleh jaga anak dengan gembira. Happy mom, happy kids,” tambah Feena.

Jelas Feena dug4an dalam rumah tangga akan sentiasa ada tapi jika terasa diri sudah penat, kita harus positif dan melihat sekeliling kerana ada yang hadapi dug4an lebih tervk daripada diri kita.

Wanita ini turut membuat panggilan melalui whatsapp call.

Tambah Feena, jumlah gaji lebih besar berbanding di Malaysia merupakan antara sebab kenapa suaminya bekerja di restoran makanan segera di sana.

“Lepas svrprise tu husband tanya ‘Eh mana anak? Mereka dengan siapa sekarang?’. Suami cakap dia terharu saya sanggup bersus4h payah buat svrprise macam tu,” jelasnya.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *