SEORANG lelaki ma.ut apabila kereta dinaiki berte.mbung dengan lori di Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran Kolej Yayasan Pelajaran Johor, hari ini, selepas membeli persiapan Aidilfitri bersama isterinya.
Mohd Izzat Najmi Mohd Zain, 25, disahkan menin.ggal dunia di lokasi keja.dian, manakala isterinya, Azra Nurmazmira Mazlan, 25, cede.ra.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Mohd Norahpandi Samsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecem.asan berhubung keja.dian itu pada 1.35 tengah hari.
Beliau berkata, dua jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecem.asan dari BBP Kota Tinggi dan Kulai dengan kekuatan 13 anggota dikerah ke tempat keja.dian.
“Keja.dian membabitkan kereta Perodua Axia dan lori, ia berlaku ketika pasangan itu ke Kulai selepas membeli-belah di sini.
“Lelaki yang memandu Perodua Axia disahkan menin.ggal dunia manakala isterinya cede.ra. Pemandu lori berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecede.raan.
“Operasi ditamatkan pada 3.10 petang,” katanya dalam kenyataannya hari ini.
Sumber : wow berita