Semasa

“Mulianya Pemergianmu” Jemaah Lelaki Menlnggal Dunia Ketika Solat.

BALING : Seorang jemaah lelaki menin.ggal dunia ketika menunaikan solat terawih berjemaah di Masjid Tunku Intan Safinaz, Kampung Lanai, di sini semalam.

Zamri Saad, 51, dari Lorong Sungai Tas, Kampung Lanai di sini rebah ketika solat pada rakaat ke-20 sebelum disahkan menin.ggal dunia di masjid itu.

Seorang penduduk, Hashim Osman, 51, berkata, ketika itu arw.ah solat satu saf dengan jemaah lain dan arw.ah berada di belakang imam.

“Ketika rakaat ke-20 sebelum tahiyat akhir, tiba-tiba dia rebah dan kami terdengar bunyi dengkuran yang agak kuat. Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arw.ah yang ketika itu na.zak dan kami sempat mengajarnya mengucap syahadah,” katanya ketika ditemui di rumah ar.wah di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum itu ketika berbuka puasa di masjid tersebut, arw.ah memaklumkan dia tidak boleh makan masak kurma kambing tetapi minta kebenaran untuk membawa balik sedikit lauk itu untuk anak-anak makan.

“Arw.ah juga ada mengadu pada jemaah lain dia sa.kit dada,” jelasnya.

Sementara itu, isterinya, Rohani Mohd. Noor, 51, pula berkata, dia tidak menyangka suaminya menin.ggal dunia selepas pertama kali berbuka puasa di masjid itu pada Ramadan tahun ini sebelum menin.ggal dunia ketika solat terawih.

“Semalam, arw.ah berpeluang ke masjid untuk berbuka puasa kerana sebelum ini dia hanya berbuka puasa di rumah bersama anak-anaknya seramai tujuh orang. Arw.ah tergerak untuk berbuka puasa di masjid serta solat terawih dan arw.ah mengajak saya mengikutnya tetapi saya tidak mengikutnya kerana saya mahu solat di surau berdekatan,” kata Rohani.

Katanya, selepas berbuka puasa, arw.ah yang merupakan bekas pemandu lori balik sekejap ke rumah sebelum pergi semula ke masjid itu untuk solat terawih.

Bagaimanapun tambahnya, abang arw.ah datang memberitahu suaminya jat.uh dan peng.san ketika solat kira-kira pu.kul 10 malam.

Katanya, dia segera mengajak anak keduanya, Nazirol Zamri, 20, ke masjid untuk melihat keadaan arw.ah dan apabila sampai di masjid itu dimaklumkan suaminya telah menin.ggal dunia.

“Arw.ah sentiasa bangun sekitar pu.kul tiga pagi setiap malam Ramadan untuk menunaikan solat sunat sehinggalah waktu bersahur. Sejak sa.kit jant.ung beberapa tahun lalu, suami saya tidak pernah tinggal solat sehinggalah ke saat akhirnya,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, anak-anaknya juga sudah membeli baju raya yang warnanya sedondon untuk dipakai pada hari raya nanti, bagaimanapun mereka reda dengan keja.dian yang berlaku.

Sumber : utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *