Semasa

“Vlrus Ni Jahat Betul Kacau Anak Mama..” Keadaan Makin Kritikal Dan Tenat, Ainul Mardhiah Dikejarkan Ke lCU.

Ibu kepada kanak-kanak yang pernah menghidap ketumbuhan dalam mulut, Ainul Mardhiah iaitu Nurul Erwani Zaidi memberitahu anaknya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU). Berita tersebut dimaklumkan menerusi platform Instagram miliknya sebentar tadi.

RAKAMAN VIDEO KEADAAN TERKINI AINUL ADA DI BAWAH SEKALI

Nurul Erwani berkata, Ainul Mardhiah mula menunjukkan simpt0m muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital menaiki ambulans. Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan jangkitan telah merebak ke seluruh tubuh.

   

Dan, apa yang lebih menyedihkan apabila si ibu itu meluahkan rasa gagal kerana tidak memberi perhatian kepada Ainul.

Terbaharu, Nurul Erwani sempat menitipkan pesanan kepada semua orang agar lebih berwaspada meskipun hanya duduk di rumah sahaja.

“Sekarang ini virus ada di mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah sahaja, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi. Virus ini jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni.”tulisnya.

Di ruangan komen, orang ramai berdoa agar adik Ainul diberi kesembuhan seperti sedia kala dan diharapkan orang tua Ainul tabah menghadapi dugaan.

               

Untuk info pada 2019, kisah penderitaan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr. Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalani pembedahan di London, United Kingdom bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.

Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI

Sumber : Instagram @_nrlerwani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *