Semasa

Seorang Ayah Terpaksa Berjalan Kaki 1jam Sambil Menggend0ng Jen4zah Bayi Perempuannya Untuk Bawa Pulang Ke Rumah.

Be.rat bebanan yang dipikul. Tatkala orang lain sedang menikmati kesenangan, ada yang masih menanggung deri.ta dan kesusahan.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Seorang bapa sanggup berjalan kaki pulang ke rumahnya di Kampung Samparita Tengah, Kota Marudu, sambil menggendong jen.azah bayi perempuannya biarpun perjalanan itu memakan masa lebih kurang satu jam.

                    

Difahamkan, semasa terkandas, mereka cuba membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan. Namun, telefon bimbit mereka tidak mempunyai capaian yang stabil dan dalam masa sama mereka sedang berada di tengah-tengah hutan di waktu lewat malam.

Di ruangan komen, netizen khususnya orang Sabah meluahkan rasa simpati dan menyelar pihak kerajaan yang dilihat ga.gal menyediakan kemudahan asas kepada penduduk. Ini termasuk kega.galan kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyatnya sendiri.

“Selagi Isu ini belum dapat di atasi, lebih baik cabut saja tulisan (slogan) Sabah Maju Jaya. Wakil rakyat yang sedia ada bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi lebih kepada kepentingan diri!” kata Miroku Kaito.

“Terima kasih kepada pihak NGO yang membantu keluarga ini yang sedang menghadapi kesusahan. Shame on Sabah Government!” kata Sharain Liew.

“Saya tidak sabar menunggu alasan menteri atau mereka yang bertanggungjawab, kenapa selepas berpuluh tahun sudah berlalu tetapi jalan raya di Kota Marudu masih tidak elok,” kata Angelo Augustus.

20 Julai lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli DUN dan anggota pentadbiran negeri yang lain.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, kenaikan itu adalah wajar dan tidak terlalu berat kerana ia hanya melibatkan pertambahan peruntukan sebanyak RM5.6 juta setahun.

“Pelarasan itu dilihat wajar dan apa yang penting, wakil rakyat perlu terus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

“Kita mengambil inisiatif ini memandangkan keadaan yang berlaku di persekitaran kita sekarang ini walaupun kita faham mungkin rakyat di luar sana bercakap kenapa dalam keadaan sekarang dan sebagainya. Tetapi asas utama ialah untuk wakil rakyat anggota kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan perlu ada dasar yang baik untuk memastikan taraf hidup rakyat yang ada sekarang ditingkatkan sekali gus membasmi kemiskinan ini paling penting,” katanya.

Sumber : Sabah Info

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *