Semasa

“Kenapa Langkawi Ada Minyak Murah Je”, Usahawan Bawa Masuk Lamb0rghini Ke Dalam Pulau Dikecam Netizen.

Gara-gara membuat satu kenyataan berani mati, usahawan kosmetik ini menerima kriti.kan dari orang ramai. Semuanya kerana kapsyen yang diletakkan pada video yang dimuat naiknya ini di mana dia seakan-akan memerli rakyat Langkawi yang mungkin tidak pernah melihat kereta Lamborghini sebelum ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, usahawan kosmetik itu dilihat membawa kereta Lamborghini masuk ke Pulau Langkawi menaiki feri. Difahamkan, dia keluar bercuti bersama keluarganya dan berasa teruja kerana dapat membawa kereta mewah tersebut bersama-sama.

Namun apa yang membuatkan ramai kurang senang melihatnya adalah kapsyen yang digunakan pada video tersebut. Sehinggakan ramai yang naik muak dan jemu melihat cubaan usahawan itu menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang dimilikinya itu.

“Saja je buat masuk lamborghini kat langkawi kot kot orang langkawi tak pernah tengok lamborghini.”

@ayunieso24yuni saja je buat masuk lamborghini kat langkawi kot kot orang langkawi takpernah tengok lamborghini? #fyp #vitamilk #lamborghini #viral♬ original sound – Hilman Hamzah – Hilman Hamzah

Dalam rakaman itu juga, dapat dilihat dua buah kereta Lamborghini milik seorang lagi rakannya dibawa masuk menaiki feri. Selain daripada memuat naik video tersebut, rakan usahawan itu juga turut berkongsikan sebuah lagi video di mana dia mengadu kepada pengikutnya apabila tiada minyak mahal yang dijual di Langkawi yang boleh digunakan oleh keretanya itu.

@farhanazahra91Kenapa eh langkawi ade minyak murah je? Memang org langkawi xisi ke minyak 916? Geram tau cikna cari minyak xjumpa ?? #fyp #fypシ♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh usahawan kosmetik itu. Dalam masa yang sama, netizen turut memerli semula usahawan itu dengan mengatakan orang Langkawi sudah jemu melihat kereta Lamborghini di sana dan tidak berminat dengan keretanya itu.

“Ore langkawi buat umpan udang lamborghini.”

lamborghini

“Saya mewakili orang Langkawi kami bawak pi market pagi beli ikan ja.”

usahawan

“Sis silap kot kami yang dok langkawi ni dah muak tengok lambo atas jalan…”

komen

“Lamborghini kat langkawi orang buat grab je.”

tik tok

Sumber : hcl

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *