Semasa

PU Azman Tular Di Media S0sial Sebagai Pendakwah Bebas Terlibat Kes Amang S3ksual.

KETIKA orang ramai berteka-teki siapakah pendakwah bebas yang dita.han re.man bagi membantu sias.atan terhadap beberapa ke.s amang se.ksual, nama juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Azman Syah Alias dikaitkan sebagai sus.pek.

Sejak berita mengenai penah.anan seorang selebriti lelaki terkenal dilaporkan pada Jumaat, netizen mula mencari-cari mengenai individu yang dimaksudkan.

Menerusi laporan media, selebriti tersebut direman enam hari bagi membantu sias.atan ke.s amang se.ksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Sus.pek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan polis pada Khamis sebelum dibawa ke Mahkamah Klang untuk permohonan taha.nan reman.

Sehingga kini PU Azman mendiamkan dan tidak berjaya dihubungi bagi menyangkal tud.uhan terhadapnya.

Menerusi perkongsian di Twitter, ada pihak mendedahkan sus.pek adalah seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki yang pernah memenangi program berkaitan ummah.

Klu diberikan telah menarik perhatian netizen dan mereka mula mengaitkan PU Azman atau lebih mesra dengan sapaan Cik Man sebagai individu dita.han polis.

Semakan di Instagram milik pendakwah bebas itu turut mendapati netizen mula menyerang ruangan komen pada hantaran terakhir yang dibuat pada 3 September lalu.

Sehingga kini hantaran itu mendapat lebih daripada 800 komen daripada netizen yang bertanya dan mahukan kepastian adakah dia individu yang ditahan pihak berkuasa itu?

“Fuh, meriah komen dekat sini. Saya tidak mahu menuduh tetapi harap kebenaran akan keluar.

Antara komen netizen yang mahukan kepastian di Instagram pendakwah berkenaan.

“Sesungguhnya rasa ta.kut apabila para ilmuan, agamawan, ulam-ulama terpalit dengan isu seperti ini. Sebab daripada mereka semua akan dijadikan contoh.

“Semoga ia hanya sekadar fitnah. Masih sempat berdoa guys. Semoga Allah tunjukkan kebenaran yang sebenar-benarnya,” tulis netizen.

Tidak hanya itu, ramai pihak membuat spekulasi pendakwah itu adalah individu ditahan apabila dia tidak muncul dalam segmen keagamaan sebuah stesen radio pada pagi Jumaat.

“Dengar tadi patut masuk radio, tetapi tiada.

Pelbagai spekulasi dibuat netizen di Twitter.

“Hmm, nak husnuzon tapi nak tanya, semalam masuk (ke udara) tak? Kalau betul sangkaan saya, semalam pun dia tak masuk radio,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter turut mendedahkan nama penuh Cik Man pada senarai ke.s yang akan disebut di mahkamah bagi mendapatkan perintah re.man.

Pendedahan itu membuatkan orang ramai tidak percaya bahawa penceramah bebas itu yang ditahan namun ada juga yang meminta semua pihak tidak terus membuat tuduhan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan sias.atan.

Usaha m Star menghubungi beliau untuk mendapatkan kepastian mengenai tuduhan itu bagaimanapun tidak berjaya.

Ada yang turut mendedahkan senarai pendengaran ke.s melibatkan nama pendakwah itu di Twitter.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, polis telah menerima empat laporan berkaitan ke.s terbabit pada 30 Ogos lalu.

Kesemua laporan itu menurut Arjunaidi telah dibuat di Klang (2), Shah Alam (1) dan Kajang (1).

“Semua laporan dibuat oleh empat individu berusia dalam lingkungan 17 tahun hingga 18 tahun dan mendakwa mereka menjadi man.gsa amang se.ksual dengan sus.pek dikenali sebagai penceramah bebas.

“Sias.atan mendapati sus.pek mengenali keempat-empat mangsa ketika mengadakan program motivasi di Selangor.

Antara komen lain netizen di laman sosial berhubung isu itu.

“Hasil perkenalan itu, sus.pek didakwa melakukan jen.ayah amang se.ksual fizikal terhadap semua man.gsa,” katanya.

Sus.pek dita.han pada 8 September oleh pegawai dan anggota Jabatan Sias.atan Jen.ayah, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor.

“Sus.pek direman sehingga 14 September dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesal.ahan Se.ksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai k.es berkenaan kerana ia boleh mengganggu sias.atan.

sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *