Semasa

Pemuda Tahfiz Dijemput llahi Kerana HlV, Pengurus Jen4zah Menjadi Saksi Keajaiban Saat Mandikan Jen4zah.

Benarlah janji Allah sebagaimana disebutkan dalam satu hadis, orang yang menjaga dan membaca al-Quran itu akan dijaga dan dipelihara baik di dunia mahupun di akhirat.

Antara lain kelebihan orang yang hafaz al-Quran dirinya di tempatkan di syurga paling tinggi. Sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w dan Abdullah Bin Amru Bin AlAsh r.a. dari Nabi, beliau bersabda:

“Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, “Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”

Antara lain hadis menyebut seseorang yang menghafal al-Quran merupakan bekal paling baik untuk dirinya. Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Jabir bin Nufair:

“Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik dari sesuatu yang berasal dariNya iaitu Al-Quran”.

Berdasarkan hadis-hadis di atas ternyata mereka yang hafaz al-Quran mempunyai banyak kelebihan.

Tahfiz Muda Meninggal Akibat HIV, Pengurus Jenazah Saksi Keajaiban Saat Mandikan Mayat
Allah menjanjikan banyak kelebihan buat mereka yang hafaz al-Quran, antaranya dipilih menjadi imam solat kerana kelebihannya itu. Gambar hiasan semata

Pengalaman memandikan ma.yat seorang pelajar tahfiz muda berusia 19 tahun yang menin.ggal akibat HIV masih melekat kukuh dalam ingatan Pengurus Jena.zah, Ustaz Mohamad Mandres bin Abdul Rahman, 42 tahun biarpun peristiwa itu berlaku sudah beberapa tahun.

Sebagai pengurus jena.zah, apabila ada panggilan dari pihak hospital, biasanya dia akan melaksanakan tuntutan fardu kifayah itu seberapa segera tanpa mengira usia, siapa atau apa punca kema.tiannya.

“Suatu hari saya dipanggil bagi menguruskan ma.yat seorang lelaki muda. Ikutkan pada rekodnya, umurnya 19 tahun tetapi menin.ggal akibat HIV. Saya tak pasti bagaimana dia dijangkiti vi.rus merbah.aya ini dan saya pun tak bertanya kepada ahli keluarganya bagaimana peny.akit berbah.aya itu ada dalam jen.azah ini. Tapi berdasarkan rekod tertera, itulah punca kema.tiannya sejak empat hari lalu,” katanya memulakan cerita.

Tahfiz Muda Meninggal Akibat HIV, Pengurus Jenazah Saksi Keajaiban Saat Mandikan Mayat
Ustaz Mohammad berpengalaman lebih 26 tahun dalam soal pengurusan jena.zah di Taman Batu Muda, Kepong

Kongsi Ustaz Mohamad lagi, apa yang ingin dia sampaikan ini adalah satu perkongsian khusus untuk anak muda memahami betapa Allah ingin menunjukkan barang siapa yang meletakkan al-Quran sebagai sebahagian kehidupannya maka Allah memelihara individu tersebut khusus hatinya yang akan sentiasa rasa gembira.

Dia sendiri hanya menyedari pemuda itu seorang hafiz apabila terlalu ramai ustaz-ustaz dan rakan taulan datang ke bilik mandi jena.zah. Saat berbual-bual sebelum memulakan tugas itulah dia dimaklumkan pemuda berusia 19 tahun ini adalah pelajar dari maahad mereka.

“Bila memandikan jen.azah begini, ada peraturan yang perlu saya ikuti. Biasanya sebelum dimandikan dengan air paip biasa, ma.yat perlu dimandikan dengan air klorok dahulu.

“Campurannya, satu botol klorok dan tiga baldi air. Biasa basuhan begini, kita akan mandikan pada awal mandian sebelum dimandikan air biasa. Di bilasan akhir nanti barulah dibasuh semula dengan air klorok itu sebelum membungkusnya dengan plastik kerana itulah prosedur hospital bagi mereka yang ada peny.akit begini,”kongsinya.

Tahfiz Muda Meninggal Akibat HIV, Pengurus Jenazah Saksi Keajaiban Saat Mandikan Mayat
Kebanyakan anak dididik menghafaz al-Quran dalam usia cukup muda, sedari kanak-kanak lagi. Gambar hiasan semata
Tahfiz Muda Meninggal Akibat HIV, Pengurus Jenazah Saksi Keajaiban Saat Mandikan Mayat
Jena.zah yang ada penya.kit berjangkit seperti HIV biasanya akan dibungkus dalam plastik sebelum dikafankan menurut prosedur hospital. Gambar hiasan semata

Tambah Ustaz Mohammad lagi, mengikut kebiasaannya, apabila ma.yat sudah masuk hari ke empat, ma.yat akan mula mengeluarkan bau yang kurang enak, bahagian tubuh badan akan mula merekah tanda ingin pecah. Ditambah dengan penya.kit dihidapinya, kebiasaannya tubuh akan kering dan mudah ros.ak. Kulit akan mudah tertanggal saat dimandi dan tubuh badan digosok.

“Tapi pada pemuda ini, sebaik air mencurah ke tubuhnya, aliran air itu berlalu begitu saja. Senang cakap umpama letak air ke daun keladi. Seakan tak tersentuh. Saya mula tergamam dan berfikir, betapa istimewanya jen.azah ini.

“Air dilihat mengalir seolah-olah menyapa tubuhnya dengan lembut. Kulitnya juga masih baik dan tak tertanggal pun sebagaimana pengidap HIV yang lain. Saya mandikan dia dengan sabun biasa tapi bau pada tubuhnya lebih harum, umpama bau kasturi. Terlalu wangi yang saya sendiri tak pernah menciumnya.

“Teringat saya, apabila kita membaca al-Quran, meletakkan dalam dada kerana mampu memhafal ayat-ayat Allah ini (hafiz Al-Quran), maka Allah akan menjaga kita di dunia mahu pun di akhirat.

“Allah juga memudahkan semua urusan mandi jena.zah itu. Pendek kata mudah uruskannya. Berbanding pengalaman lain memandikan mereka yang mengidap peny.akit berbah.aya itu, dapat saya simpulkan, walau ma.yatnya sudah empat hari, tapi seolah-olah arwah baru meninggal paginya,” katanya yang berkongsi cerita ini demi memberi sebuah pengajaran.

Tidak kiralah sebagaimana teruk perangai kita, sebanyak mana kita melakukan kejah.atan atas kejahilan tapi andai dalam dada sudah kekal ayat-ayat al-quran, insya Allah, Allah akan menjaga dan memelihara individu itu di dunia lagi.

Waallahualam, semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat kita sebagai hamba Allah.

Sumber : remaja

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *