Semasa

‘Macam Bagi Makan Kucing Je’, Penghantar Makanan Tak Sampai Hati Pengawal Keselamatan Suruh Letak Makanan Atas Lantai.

BERGELAR seorang penghantar makanan (rider) mungkin nampak mudah bagi kebanyakan orang.

Namun sebenarnya golongan ini menggalas amanah yang besar iaitu memastikan pesanan makanan sampai dengan selamat ke tangan pelanggan.

Bagaimanapun dalam menjalankan tanggungjawab hakiki ini, mereka sering kali berdepan dengan kere.nah pelbagai pihak, baik daripada pelanggan mahupun pihak pengurusan kediaman.

Ini kerana tidak semua lokasi mudah diakses oleh rider khususnya bagi resi.den mewah yang mempunyai kawalan keselamatan ketat.

Bagi kawasan resi.den seperti ini, rider lazimnya diminta menin.ggalkan pesanan makanan di pondok pengawal kesela.matan.

Baru-baru ini seorang rider dikenali sebagai Amirol meluahkan rasa kesal dengan sikap pihak pengurusan sebuah residen mewah kerana tidak begitu cakna kerana ga.gal menyediakan tempat meletak makanan yang bersesuaian.

“Kawasan bukan main mewah tapi meja pun tak mampu beli. Makanan kena tinggal dekat lantai macam tu.

“Apabila cakap tak elok makanan letak lantai, boleh guard tu cakap you jumpalah bos saya. Ini macam ke?

rider 2

Rider berkenaan membuat perkongsian bertujuan agar perkara tersebut diambil perhatian oleh pihak resi.den.

“Bukan tak hormat security tapi cara dia cakap pun tak elok,” tulis rider tersebut pada video yang dimuat naik di aplikasi TikT0k.

Menerusi video dan komen, difahamkan kawasan tersebut adalah sebuah residen jenis kondominium yang terletak di Subang Jaya, Selangor.

Menerusi video tersebut juga, kelihatan beberapa bungkus makanan yang dipesan oleh penghuni di premis berkenaan diletakkan di atas lantai di ruang lobi bangunan.
Makanan kalau kita letak dekat lantai, ibarat sama dengan kaki dah. -RIDER- Tambahnya, tujuan dia merakam dan berkongsi video berkenaan adalah supaya pihak pengurusan resi.den lebih cakna dengan perkara tersebut.

“Mak saya ajar makanan jangan letak dekat lantai. Situ tempat orang pijak, situ juga kita letak makanan. Tak elok orang tengok.

“Makanan kalau kita letak dekat lantai, ibarat sama dengan kaki dah,” tulisnya pada ruangan komen.

Perkongsian dan pandangan rider tersebut turut disokong oleh sebahagian netizen dengan rata-ratanya mencadangkan agar penghuni dapat berbincang solusi terbaik mengenai isu berkenaan.

rider 3

Sebahagian daripada komen netizen yang turut mengecam tindakan pihak pengurusan residen berkenaan.

“Kondo aku masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekali je rider letak atas lantai, kena hamun dah JMB (badan pengurusan bersama). Terus ada meja siap label ‘Grab, Foodpanda and parcel’.

“Itulah… bulan-bulan bayar duit maintenance, apa salahnya JMB mereka keluarkan duit beli meja atau rak untuk letak makanan.

“Kalau dapat customer yang ‘berangin’, memang kena la bos dia tu. Macam bagi kucing makan je letak bawah macam tu,” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini perkongsian video Amirol meraih sehingga 35,600 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Sumber : m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *