Seorang pelajar perempuan hanya mampu mengalirkan air mata apabila mengetahui semua koleksi barangan K-Pop yang dimilikinya habis musnah diba.kar oleh bapa, tatkala dia berada di sekolah.
Menurut ibu kepada pelajar berkenaan, ada sebahagian barangan itu dibeli menggunakan duit sendiri dan hadiah daripada rakan-rakannya.
Sebaik saja pulang dari sekolah, remaja itu menangis kese.dihan dan tidak menyangka semua barangan kesayangannya itu telah diba.kar tanpa pengetahuannya, apatah lagi bertanya kepadanya terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan drastik itu.
Setelah diberitahu mengenai lokasi koleksinya diba.kar, remaja itu cuba mengutip semula sisa-sisa yang masih tinggal.
“Bila dapat tahu barang-barang koleksi kesayangan dia diba.kar. Dia rasa se.dih sangat sebab tak tanya dia dulu. Dia beli mahal katanya, ada juga yang kawan-kawan bagi. Tau-tau dah habis diba.kar.
“Buku journal dia buat sendiri pun habis diba.kar jadi abu. Tetap nak cari serpihan yang tinggal. (Kalau) tak suka dengan minat anak, beritahu dengan baik dan mungkin dia boleh terima. Bukan terus ba.kar macam ni. Minat saja, bukan taksub.
“Tengoklah apa barang dia yang kena ba.kar ni. Lepas ni jangan beli atau simpan barang-barang macam ni lagi. Se.dih sungguh dia, kutip juga mana yang tersisa. Jadikan sebagai pengajaran,” kata Cik Atienn.
Sementara itu di media sosial, video itu menerima banyak reaksi netizen yang bersimpati dengan remaja berkenaan. Tetapi, tidak kurang juga yang menyokong tindakan bapanya.
“Kalau tak boleh jadi ibu bapa yang menyokong minat anak-anak, boleh perlahan-lahan nasihat sebelum ambil tindakan nak bakar semua barang tu yang sesetengahnya dihadiahkan oleh rakannya. Kalau tak suka barang-barang K-Pop dalam rumah, suruh jual semula atau beri kepada mereka yang mahukan barang itu.
“Zaman remaja dulu pun ada yang suka kumpul majalan, poster rock kapak, komik-komik. Cuma bezanya sekarang, ramai yang minat kumpul merchandise K-Pop dan tiba-tiba hobi mengumpul ini jadi lalai.
“Takut anak lalai, bakar konon untuk kebaikan anak. Tetapi tak fikir perasaan anak. Dia cakap anak dia baik, untuk sekarang memang baik. Buatnya budak itu pendam perasaan tak elok juga. Bagaimana kalau hanya benda itu yang buat dia happy? Tak dapat bayangkan perasaan dia sekarang, nak marah dan memberontak pun tak boleh,” kata Elle.
Bagaimanapun, ada yang berpendapat si bapa bertindak demikian bersebab dan tidak salah memben.dung sesuatu lebih awal sebelum ia menjadi lebih par.ah di kemudian hari.
“Saya sokong. Elok diben.dung daripada besar nanti menjadi taksub. Rasa kalau tak sebab melampau, ayah dia tak ba.kar pun. Tetapi mesti ada sebabnya, mungkin sebab membazir atau keputusan ujian teruk sangat kerana terlalu taksub dengan dunia K-Pop, melawan ke, maka mendapatlah,” kata Zarifa.
“Ye, sebab nak elakkan budaya lagha puja artis ni. Sebab bila dah start minat, lama-lama jadi fanatik. Aku dulu simpan gambar Dafi AF, kena ma.rah dan poster dik0yak. Dia cakap, daripada kau simpan gambar orang, kau letak ayat al-Quran di dinding lagi bagus. Dah la solat culas, mengaji entah bila tahun, lepas tu nak minat-minat artis. Deep, sampai sekarang aku ingat,” kata Bella.
“Untuk kebaikan masa depan anak, ayah terpaksa berbuat demikian. Selalu kita akan fikir balik mak ayah yang garang dulu la buat kita jadi orang sekarang ni. Walaupun perit, tetapi kebaikan ada untuk anak. Biar menangis sekarang, jangan kemudian. Lagipun siapa kita nak mencampuri urusan keluarga mereka,” kata Marhaen.
Sumber : TikTok Cik Atienn
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.