SEORANG gadis berusia 16 tahun mencetuskan kekec0han apabila nekad memanjat pencawang elektrik, pada Selasa.
Keja.dian yang berlaku di Mangkubumi, Kota Tasikmalaya di Jawa Barat, Indonesia, menggemparkan penduduk setempat.
Ketua penduduk tempatan, Deni Romdoni mengesyaki tindakan remaja itu memanjat pencawang elektrik kerana k0nflik percintaan.
“Terdapat dakwaan mempunyai kaitan dengan percintaan,” katanya dipetik sebagai berkata, dalam TribunJabar.id, pada Rabu.
Deni berkata, remaja itu sepatutnya bernikah dengan seorang lelaki berusia 16 tahun, seminggu lalu.
Bagaimanapun, rancangan pernikahan itu dibatalkan oleh pihak keluarga lelaki kerana mendakwa melihat remaja itu berkelakuan tidak baik.
Pasukan yang disertai Polis Mangkubumi, Polis Bandaraya Tasikmalaya, TNI, BPBD, dan Bomba, telah dihantar untuk membantu menyelamatkan gadis tersebut.
Ibu remaja itu turut memujuk anaknya supaya segera turun, sambil disaksikan oleh orang ramai.
Sumber : m star
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.