Ramai yang terke.san dengan kenaikan harga barang sekarang ini terutamanya barangan mentah yang digunakan untuk memasak. Apatah lagi para peniaga yang menjadi antara golongan yang paling terke.san di mana harga jualan mereka juga terpaksa dinaikkan sekali.
Namun ada juga peniaga yang masih mengekalkan harga yang murah untuk tidak membiarkan pelanggan ‘lari’ membeli dari peniaga lain. Baru-baru ini pula, seorang peniaga meluahkan rasa kece.wa apabila ada segelintir pelanggannya yang meru.ngut dengan harga jualan nasi lemaknya.
Menurutnya, pelanggan tersebut meru.ngut dengan harga nasi lemak daging yang dijual pada harga RM5. Peniaga itu kemudiannya menunjukkan perbandingan di antara nasi lemak daging yang dijualnya dengan peniaga lain.
Tambahnya, walaupun peniaga tersebut menjual nasi lemak itu pada harga RM3 namun ‘portion’ daging yang digunakan tidak sama seperti yang dijualnya. Malah turut dapat dilihat perbezaan yang ketara di mana nasi lemak yang dijualnya mempunyai ‘p0rtion’ daging yang lebih banyak dan berbaloi.
“Atok boleh jual RM3 tapi hampa puas ke makan kuantiti lauk sedikit macam tu? Atok nak jual daging banyak supaya hampa boleh kenyang sampai tengahari.”
Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila ada pelanggan yang membandingkan harga nasi lemak daging yang dijualnya itu sebagai mahal. Sedangkan dia memberikan ‘portion’ lauk daging dengan lebih banyak berbanding peniaga lain yang dikatakan itu.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut bersetuju harga yang diletakkan peniaga ini sememangnya murah apatah lagi dalam situasi seperti sekarang ini. Malah harga yang dikenakan juga setanding dengan hidangan yang dijual kepada para pelanggan.
“RM5 tu murah gila. Tempat saya banyak tu RM7,8 kompem telur kacang ikan bilis lagi hmm…”
“5 ringgit pun mahal, duk rumah masak sendiri lah free.”
“Yang dok kata mahal tu mesti depa tak biasa pergi market beli barang basah…”
“Bagi saya seorang rakyat marhaen ni, itu harga yang berbaloi untuk zaman sekarang dengan currency duit yang makin jatuh dan barang makin naik.”
Sumber : hcl
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.