Tenom : Seorang pegawai polis yang ditugaskan mera.mpas telefon bimbit daripada sak.si dalam kes gangguan se.ksual Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew tidak memeriksa kandungan peranti itu walaupun mengetahui ke.s itu melibatkan pendakwah tersebut.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
ASP Salwani Mohd Hadzir, 40, memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau dimaklumkan ke.s itu melibatkan pendakwah popular, namun tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan kesal.ahan gangguan se.ksual.




















Mengenai tindakannya menaip seksyen Kanun Kese.ksaan pada gambar telefon bimbit dan kad SIM, Salwani berkata, beliau berbuat demikian sebelum menyerahkan barang rampasan kepada pegawai penyia.sat di Bukit Aman.
Ketika ditanya Nor Azizah mengapa Seksyen 509 Kanun Kese.ksaan yang ditaip, saksi berkata, ia kerana sias.atan sedang dijalankan membabitkan seksyen itu.
Pihak pendakwaan turut memanggil pendakwah Firdaus Wong Wai Hung, 39, yang juga pengasas dan presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM).
Saksi ketiga itu memberitahu mahkamah bahawa pengadu dalam ke.s itu adalah antara man.gsa gangguan se.ksual yang dibantu MRM.
Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan keh0rmatan seorang wanita berusia 40-an dengan menghantar perkataan lu.cah ke nombor telefon man.gsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Kese.ksaan yang membawa huku.man maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesal.ahan.
“Alhamdulillah, …syukur kepada Allah. Setahun saya menanti hari mahkamah ini. Pelbagai fitnah tidak berhenti yang tidak dapat disebutkan saya tanggung sendiri sejak balik dari Palestin tempoh hari.
“Dengan ke mahkamah ini, saya berharap dapat tahu kebenaran. Mahkamah adalah tempat yang paling tidak boleh cakap apa sahaja. Kena ada bukti dan sekiranya tiada bukti apa sahaja perkara pasti akan ditolak,” kata Ebit, 37, atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew ketika ditemui selepas selesai hari terakhir sesi perbicaraan, hari ini.
Ditanya mengenai perasaannya sepanjang perbicaraan selama empat hari di Mahkamah Majistret Tenom, Ebit memaklumkan beliau tetap berasa sedih kerana perlu melalui perkara seumpama itu.
“Sedih juga sebab kena menanti lagi. Kalau boleh saya nak teruskan Sabtu esok sahaja sampai habis tetapi bukan saya yang tentukan.
“Peguam saya turut cuba meminta tarikh lebih awal seperti tarikh paling awal November tetapi pendakwa raya tidak dapat tarikh itu kerana tarikh mereka penuh disebabkan penda.kwa raya dari Putrajaya.
“Oleh itu, kami bersetuju meneruskan perbicaraan ini pada Disember,” katanya.
Terdahulu, Majistret Nur Asyraf Zolhani memberitahu pr0siding hari keempat ditangguhkan dan akan disambung semula pada 20 hingga 22 Disember depan.
Ebit Lew pada 18 Februari lalu dida.kwa atas 11 pertu.duhan membabitkan hantaran gambar serta perkataan lu.cah dengan maksud mengaibkan keh0rmatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.
Semua kesa.lahan itu dida.kwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.
Sumber : bh
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.