KUALA LUMPUR : Selain kucupan, ibu lima anak, Salmah Kadir, 55, sempat memasak bubur buat anak bongsunya, Muhammad Nur Iman Amran Ibrahim, 21, sebelum ma.ut dilan.ggar kereta pada 8.30 malam kelmarin.
Kisah itu dikongsikan anak kedua mangsa, Nur Faziela Ibrahim, 27, menerusi hantaran di Facebook (FB) Masak Apa Tak Jadi, semalam.
Menceritakan kisah itu, Nur Faziela berkata, ibunya dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan untuk ke kedai berhampiran rumah di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru di Johor.
Menurutnya, dia yang tidak tinggal bersama ibunya hanya tahu mengenai kejadian itu selepas dihubungi kakak ipar, Masfarazila Maslah, 35, dan adiknya, Muhammad Nur Iman, 21.
“Kebiasaannya, mama akan meminta tolong adik (Muhammad Nur Iman) untuk membeli barang di kedai.
“Namun, mama pergi sendiri pada malam itu kerana adik de.mam dan muntah-muntah.
“Mama sempat menyediakan bubur dan mencium adik sebelum keluar daripada rumah, malah berulang kali memberitahu hanya keluar sekejap saja tetapi sebaliknya berlaku apabila dia pergi buat selamanya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Nur Faziela, jen.azah ibunya dibawa ke H0spital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibe.dah sia.sat dan disahkan menin.ggal dunia akibat kecede.raan serius di kepala, leher dan tulang belakang.
Katanya, dia reda dengan ketentuan Allah tetapi masih terkesan lebih-lebih lagi apabila mengenangkan bubur yang menjadi masakan terakhir ibunya sebelum menin.ggal dunia.
“Kami sekeluarga sempat menjamah bubur itu pada pagi semalam sebelum ke hospital bagi menguruskan jena.zah.
“Alhamdulillah, urusan pengebu.mian berjalan lancar dan mama selamat dikebu.mikan di Tanah Perku.buran Islam Mount Austin, Johor Bahru sebelum Maghrib semalam.
“Sudah sampai ajal mama, cuma saya sedih kerana tidak sempat menunaikan hajatnya untuk datang ke rumah saya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas dalam waktu terdekat,” katanya yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.
Berhubung hantarannya di FB, Nur Faziela berkata, niatnya berkongsi kisah dan gambar bubur itu dengan harapan ada yang mendoakan ibunya.
Namun, Nur Faziela tidak sangka perkongsiannya itu mendapat perhatian apabila ramai yang mengucapkan takziah dan menitipkan doa buat ibunya.
“Terima kepada semua yang mendoakan arwah mama dan hanya Allah saja dapat membalas kebaikan kalian.
“Diharap, apa yang berlaku terhadap mama memberi pengajaran kepada semua untuk berhati-hati ketika di jalan raya,” katanya.
Sumber : w0w berita
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.