Semasa

Bayi Berusia 8 Bulan Ceder4 Digigit Pada Bahagian Muka Dan Telinga Di Bawah Jagaan Pengasuh.

Seorang pengasuh berusia 43 tahun ditahan Sabtu lepas kerana disyaki cuai sehingga menyebabkan seorang bayi jagaannya berusia lapan bulan cede.ra di muka dan telinga.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata wanita itu ditahan di rumahnya di Taman Putra, Ampang kira-kira jam 11.45 malam selepas lap0ran polis dibuat oleh ibu bayi berkenaan pada Jumaat lepas.

“Jumaat lepas, ibu bayi itu yang berusia 32 tahun mengambil anak perempuannya dari rumah su.spek pada 5.40 petang dan mendapati ada kesan gi.gitan pada muka serta kesan pulasan pada kedua-dua telinga bayi berkenaan, sebelum merujuk bayinya ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata mengikut laporan, kecederaan itu dipercayai akibat anak jagaan yang lain menggi.git muka bayi berkenaan semasa pengasuh itu keluar untuk melakukan urusan peribadi pada kira-kira 12 tengah hari dan membiarkan mereka dijaga oleh dua anak kandungnya yang berusia lapan dan 16 tahun.

“Wanita itu didapati menjaga enam kanak-kanak berusia antara tiga bulan hingga dua tahun dan dia kini dire.man sehingga Rabu ini,” katanya.

Menurutnya su.spek disia.sat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecede.raan fizikal dan jika disabitkan kesala.han boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Sumber : bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *