Lebih 91 hari terlantar k0ma sehinggalah turut hampir kehilangan ingatan, kisah seorang suami yang dijaga isteri bernama Siti Rohayu atau Ayu dahulunya pernah menjadi perhatian ramai.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Mana taknya, wanita itulah yang paling setia bersama dan tak pernah give up untuk melihat pasangannya itu sembuh seperti sedia kala.
Kini suami dah hampir pulih sepenuhnya…Tapi dah tiada gambar bersama.
Siapa sangka kini wanita itu mampu tersenyum tatkala melihat Muhammad Ridhwan Mohd Zaki sudah pun hampir pulih sepenuhnya.
Malah sempat tular sebelum ini rakaman ketika lelaki tersebut sakan bernyanyi membuktikan rasa sayang dan cintanya kepada isteri.






Walau bagaimanapun, terkini melalui tinjauan sudah tidak ada lagi gambar atau video si suami di mana-mana media sosial milik Ayu.
“Maafkan Umy semua, sebab tak mampu nak jadi insan kuat untuk teruskan dan pertahankan.
Dunia ini sedang berputar, ini ujian ku. Belum lagi ujian mu. Keputusan yang kami buat tiada paksaan mana-mana pihak.
Cuma aku penat berjuang, sebelum aku jadi gila. Baik aku undur diri. Kalian tak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tak sepatutnya.
Mungkin ini posting last tentang diriku, Lepas ni Fokus pada bisnes. Permulaan hidup baru. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan umy.”
Menerusi satu posting di Facebook, Ayu sempat memuat naik status beri bayangan seakan-akan sedang dalam proses berpisah dengan pasangannya itu.
Jelas wanita tersebut, meskipun berat namun dia akui sudah cukup penat psikologi dan juga fizikal untuk mempertahankan rumah tangga berkenaan.
“Biarlah kini anak-anak dan juga diri sendiri menjadi keutamaan.
Allah kenapa bila Abiy dah sihat baru jadi begini…Entah di mana silapnya orang melihat kesilapan umi.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama sedih dan juga terkejut saat mengetahui perkembangan terbaru pasangan suami isteri berkenaan.
Dalam pada itu, ramai juga mendoakan semoga Ayu terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan dua zuriatnya.
Sumber : fb Siti Rohayu
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.