Seorang wanita, Aisya Binti Abdul Aziz berjaya mengkhatamkan 30 juzuk al-Qur’an secara Hafazan dan Talaqqi Musyafahah atas bimbing Ustaz Muhammad Asyraf.
Salah satu impian bagi semua umat Islam di seluruh dunia adalah memiliki hafalan al-Qur’an sebanyak 30 juzuk, iaitu keseluruhan isi kitab suci tersebut di dalam dada masing-masing. Namun, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Hal ini disebabkan, bidang hafalan kitab suci ini memerlukan keazaman dan pengorbanan yang sangat tinggi. Sudah semestinya, cara kehidupan seharian pun agak berbeza dengan orang lain.
Sebagai contoh, para penghafal al-Qur’an perlu mematuhi diet pemakanan yang ketat. Mereka juga perlu mengalihkan perhatian daripada perkara-perkara yang melalaikan untuk memastikan proses hafalan mereka tidak berdepan dengan sebarang masalah.
Segala aktiviti berbaur maksiat perlu dijauhi bagi memastikan hati para penghafal al-Qur’an tidak dicemari dengan bintik-bintik hitam yang mampu menghalang proses hafalan ayat suci al- Qur’an daripada sampai ke kotak memori meraka.
Sesiapa yang mampu menghafal keseluruhan al-Qur’an boleh disifatkan sebagai insan yang luar biasa. Perkara ini dizahirkan oleh Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL, RCMP)menerusi laman Facebook mereka pada 11 Oktober 2022.
Dalam hantaran tersenut, pihak universiti telah memberikan sekalung penghargaan terhadap saudari Aisya Binti Abdul Aziz atas kejayaannya menghafal 30 juzuk al-Qur’an menerusi kaedah hafazan dan talaqqi musyafahah.
Difahamkan bahawa beliau merupakan mahasiswa Tahun 5 dari program MBBS (Perubatan dan Pembedahan) di UniKL RCMP. Selain itu, beliau berjaya membahagikan masa untuk mendalami Al- Qur’an walaupun perlu menghadapi jadual kehidupan yang padat sebagai pelajar perubatan di sana, menurut universiti tersebut.

Apa itu Hafazan dan Talaqqi Musyafahah?
Mungkin kebanyakan daripada kita sudah mengenali istilah hafazan, tetapi masih ramai lagi yang tidak mengenali istilah talaqqi musyafahah. Hafalan ataupun hafazan terbit daripada perkataan hafal dan hafaz, yang dikaitkan dengan proses memelihara dan mengekalkan sesuatu dalam ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran).
Talaqqi pula bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.
Manakala musyafahah pula bermaksud murid menerima pengajaran melalui sebutan guru iaitu, melihat pergerakan bibir guru dan mengikutinya.
Secara umumnya, murid yang mempelajari al-Quran mesti bersemuka secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid benar-benar mengetahui, secara praktikal bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf (fonetik dan fonologi) dan lain-lain hukum tajwid.
Akhir sekali, pihak UniKL RCMP menitipkan ucapan agar saudari Aisya agar terus istiqamah dan bersemangat dalam membaca Al-Quran dan memelihara hafalan.
Sumber : UniKL RCMP via fb
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.