SIK : Dua beradik ced.era pa.rah selepas motosikal dinaiki melan.ggar sebuah van di Jalan Kampung Masjid di Jeneri, dekat sini pada pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu berlaku ketika dua pelajar lelaki berusia 13 dan 17 tahun terbabit dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeneri.
Penunggang motosikal ced.era pada dada dan kepala manakala adiknya dipercayai pa.tah pergelangan tangan kiri.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian berlaku ketika dua pelajar itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Kura di sini ke sekolah dengan menaiki motosikal jenis Honda C100.
“Motosikal dinaiki dua beradik itu melan.ggar sebuah van yang sedang membelok keluar dari kawasan rumah ke jalan besar.
“Kejadian mengakibatkan penunggang motosikal mela.mbung dan terca.mpak ke atas jalan manakala adiknya terja.tuh di bahu jalan,” katanya di sini hari ini.
Katanya, mereka kemudian dikejarkan ke H0spital Sik menggunakan ambulans Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Sik.
“Penunggang motosikal seterusnya dirujuk ke H0spital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk rawatan lanjut,” ujarnya.
Menurutnya, pemandu van berusia 67 tahun dan anak perempuan berusia 17 tahun tidak mengalami sebarang kecede.raan.
Tambahnya, semakan mendapati pelajar itu tidak mempunyai lesen memandu dan kedua-dua mereka tidak memakai topi keledar.
“Ke.s disia.sat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber : Kosm0 0nline
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.